PENGALAMAN BUAT LASIK SURGERY (RELEX SMILE) WITH PROF MUHAYA
















Saya memilih ReLex Smile berbanding Lasik biasa. Kerana?

assalamualaikum,to my readers muslim. 

so today i wanna share about my experienced right now after two months doing lasik surgery. first of all lasik ni ade dua jenis tau :

1. lasik biasa ( lagi murah drpd relex smile/memakan masa yg lame utk sembuh/mase yg diambil untuk surgery agak pnjang)

2. relax smile(of course la mahal/memakan masa yg sngt cepat utk sembuh/mase yg diambil utk surgey sngt skjap , dalam satu hari dah boleh settle skali dengan checkup)

Okey. taknak cakap banyak. saya akan teruskan untuk bercerita dari awal permulaan sehingga selesainya surgery saya.


first of all korang kene buat appointment dulu dengan prof muhaya lasik eye centre. Appointment
boleh dibuat (laman web PMELC/facebook PMELC/instagram). saya buat appointment melalui facebook rasmi pmelc , lepas beberapa jam appointment online dilakukan , pihak pmelc call saya untuk confirmation and akan ditanyakan beberapa soalan. Yang call nie staf prof muhaya ye, mereka akan tanya berapa power mata ,umur berapa, tinggal di mana , waktu appointment untuk buat. lepastu mereka akan bagitau bahwa 2hari sbelum appointment kite diorng akan call as reminder. disitu jugak mreka ingatkan kite untuk bawak duit RM660 untuk check up mata and then kite tak boleh pakai sebarang minyak wangi , deodorant and makeup ye wlaupun hanya bedak. sebab mesin dekat situ agak sensitive. 


21 Jan 2020 (11.00 pagi )

Tarikh yang saya pilih untuk buat appointment. Mula2 nak masuk klinik prof muhaya , pergh nervous sangat. Pergi kaunter daftar kat situ , ya Allah staf-staf kat situ sangatlah peramah dan layanan pun sangat terbaik walaupun mereka sibuk. So bila dah siap daftar semua, diorang akan bagi nombor giliran. So menunggu la untuk dipanggil cek mata dalam room version ( tak silap la nama dia). Sementara menunggu di sofa tu, setiap 5 minit mesti ada staf kat situ bawakkan minuman dengan makanan. Memang kenyang habis sementara menunggu.





ini nombor giliran saya. tak lama pun tunggu.


antara proses-proses untuk buat relex smile surgery




 Sampai je giliran untuk cek mata, hanya seorang sahaja boleh masuk tau, peneman kene duduk kat luar. Dalam bilik tu ada 6 mesin mata yang kita kene cek. Kesemua ujian tu kite kene lulus tau untuk buat lasik nie. paling penting sekali mata kita tak kering and kornea kene tebal (500mm). I lepas semua tu alhamdulillah u oulss. Layanan staf2 kat dalam tu pun sangatlah baik dan peramah. Rasa macam family dah duk kat situ. Total masa yang diambil untuk cek mata dalam sejam lebih jugak.

Eh kejap, before buat check mata, kene buat pembayaran dulu . Okey sambung balik, bila dah settle semua cek mata, sudah tiba masanya untuk jumpa prof muhaya untuk buat consultation. So prof muhaya akan terangkan hasil ujian mata  and cek balik mata kita. Mase tu prof tanya "awak nk buat sekarang ke nak buat hari lain" , saya jawab "nak skarang,xnk lambat" . Hahaha, prof muhaya "okey kite siapkan bilik bedah sekarang" . Uish masa tu jantung rasa nak terkeluar, nervous punya pasal. 





nie payment untuk buat surgery and include dengan ubat-ubat. 
Pembayaran boleh dibuat samaada cash ataupun secara card. 


Lepastu, kita proceed plak kepada surgery payment dekat kaunter. Lepas bayar tu assistant prof akan suruh kita sign beberapa dokumen surgery. Masa tu mata i dah dititik ubat mata, tujuan ubat tu untuk membesarkan mata hitam kita. Memang penglihatan kita tak jelas , kabur teruk. I nk sign but cannot sebab tak nampak langsung tulisan. Masa tu jugak, peneman kita sangatlah penting untuk mainkan peranan. My mom yg temankan i , sangat lah terharu . Terima Kasih Ma , iloveyouuuuu.  

21 Jan 2020 (12.45 tengahari)

Sedang menunggu nama untuk dipanggil ke bilik bedah. Peneman takboleh masuk bilik bedah tau, mereka hanya boleh melihat melalui tingkap kaca sbelah bilik bedah. Nanti assistant tu suruh pergi dekat bilik tu. Bila masuk sahaja bilik bedah, kita akan dipakaikan pakaian bedah. Sambil2 tunggu prof muhaya, pembantu prof akan suruh kita berselawat. Tenang jer jiwa ni rasanya. Dari bilik bedah tu kite boleh nampak ahli keluarga kite sedang menunggu. Boleh lambai2. 

This time, prof muhaya datang and dia akan suruh selawat. Kata-kata prof muhaya dari awal surgery sehingga selesai sentiasa positive. Tenang sangat rasanya. Once kita dah start surgery it take time in 2 minute/eye only. So dalam 5 minit lebih mcm tu dah settle dah overall surgery. Sejujurnya tak rasa sakit langsung, langsung tak sakit. Sedar-sedar prof muhaya cakap dah siap sebelah mata. and proceed mata sebelah pulak. Sepanjang surgery dilakukan prof muhaya akan bisikan di telinga kita dengan ayat2 yang positive. Bile dah settle and bangun, prof akan suruh kita tengok family kita diruangan yang disediakan. Masa tu perasaan nak menangis sebak. Alhamdulillah dipermudahkan. Masa tu jugak berlaku sesi drama berpelukan menangis. Terima Kasih Ya ALLAH , Terima Kasih Ma and  Terima Kasih Prof Muhaya. Syukur. Tapi waktu tu mata still kabur lagi . 






 
 21 Jan 2020 ( 1.00 tengahari)

Step seterusnya, kene ambil ubat dekat kaunter tadi. Ubat tu wajib pakai tau sepanjang seminggu. and ade jugak ubat yang kita kene pakai lebih sebulan but depends on u punye mata.
Staf2 kat situ akan terangkan cara penggunaan ubat-ubat tersebut. Ubat titis sahaja ya , tiada ubat telan2. hehe , so ubat tu dah include dalam payment untuk surgery.


Ubat-ubat yang diberikan


Sekejap sahaja buat relex smile dengan prof muhaya. Dalam sehari dah boleh siap.  Relex Smile ni sangat sesuai for those yang tinggal jauh. But kene saving la skit ya. So total relex Smile (RM12,660) tak termasuk dengan harga ubat.Saya mahu berikan 10 bintang. 

Untuk blog seterusnya saya akan ceritakan proses penyembuhan mata saya. 
Sejujurnya tak sakit langsung buat surgery. Nervous je lebih.

sekian pengalaman surgery daripada saya.



Dah siap dah buat surgery. Last sekali kitaorng bergambar sbgai kenangan.(terpaksa tutup muka sebab yela tak pakai makeup kan )







Ini alamat PMELC.


PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE,
S 29, GROUND FLOOR PEARL AVENUE,
JALAN PASIR EMAS, SG. CHUA,
43000 KAJANG, SELANGOR
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-87410046/017-2682300





Comments

  1. Wow thank you for sharing your experience.. I hope one day i also can do this lasik

    ReplyDelete
  2. macam best. nak try jgk la nnti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMPAT MAKANAN & DESSERT BEST DI KUALA TERENGGANU ! WAJIB TRY !

CARA-CARA BUAT MILO DALGONA !