"Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!"





"Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!"
Saya ambil kunci. Ambil anak dan masuk kereta.
Isteri call
'Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?'
Allahu. Saya patah balik dan masuk rumah.
"Kalau nak keluar, keluarlah. Saya tak paksa pun abang nak pergi mana!"
Saya duk depan pintu. Serba salah nak keluar ke nak masuk ni. Masuk nanti salah, keluar lagilah salah. Saya duduk tepi rak kasut.
"Abang ni, kenapa duduk situ? Kotorkan! Masuklah!"
Saya masuk dengan anak sekali. Kami duduk macam tetamu yang datang nak beraya. Rasa asing di rumah sendiri.
Duduk sampai tertido. Sedar-sedar isteri dah baring di riba. Habis basah airmatanya membasahi seluar saya.
Nak bagitahu apa?
Itulah isteri kita. Dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa. Dia tiba-tiba macam bidadari dari syurga, kadang-kadang macam geram je kita rasa. Kadang nak cubit secubitnya.
Allah ciptakan mereka untuk kita. Tak percaya? Buka Al Quran dan bacalah.
Kita yang lelaki ni boleh tegak berdiri.
Perempuan ni memang memang dia punya senget dan kona boleh lari sana sini.
Sabarlah.
Itu sahaja Allah pesan pada kita.
Kalau tak boleh sabar, gigitlah pokok pisang tu berkali-kali!
Via Abu Hurairah Asifa


















Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT MAKANAN & DESSERT BEST DI KUALA TERENGGANU ! WAJIB TRY !

CARA-CARA BUAT MILO DALGONA !